BM EN

Notis Privasi: E-venizer (e.nuna.nz)

Dikemas kini: 25 Oktober 2026

Ringkasnya:

  • Kami mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mendaftar anda ke event dan mengeluarkan sijil.
  • Hanya penganjur event anda dan pentadbir sistem boleh melihatnya.
  • Kami tidak menjual data anda atau menggunakannya untuk iklan.
  • Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda.

Soalan? E-mel inquiry@bungkas.com.

1. Siapa kami

e.nuna.nz ialah sistem pendaftaran event dan e-sijil yang dikendalikan oleh BunGkaS Multitech Services ("BMS", "kami"; No. Pendaftaran SSM 202203106739 (CT0105002-P)). Alamat kami: No. 1205, Jalan A43, Taman Warisan Puteri, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Setiap event dianjurkan oleh penganjur yang namanya tertera di borang. Penganjur menentukan maklumat yang diminta dan menggunakannya untuk event mereka. Kami menyediakan dan menjaga sistem ini.

Notis ini diberi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Peserta bawah 18 tahun mendaftar dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga.

2. Maklumat yang kami kumpul

Yang anda isi di borang (penganjur memilih mana yang wajib; yang wajib ditanda *):

  • nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • e-mel
  • No. telefon
  • jantina
  • bangsa
  • organisasi / sekolah / persatuan

Yang dijana oleh sistem:

  • kod peserta 6 aksara dan No. Siri
  • tarikh lahir, dikira daripada No. KP untuk statistik umur
  • masa anda mendaftar
  • masa anda daftar masuk setiap sesi (jika penganjur merekod kehadiran), dan sama ada anda didaftarkan di tempat
  • alamat IP semasa mendaftar
  • bilangan kali sijil dimuat turun

Jika anda memohon pembetulan: maklumat baharu yang anda hantar.

3. Mengapa kami menggunakannya

  • Mendaftar anda ke event dan mengelakkan pendaftaran berganda.
  • Mencetak nama anda (dan maklumat lain yang dipilih penganjur) pada sijil.
  • Membolehkan anda mencari sijil dengan kod peserta dan telefon atau e-mel anda.
  • Membolehkan sesiapa yang mempunyai kod sijil anda mengesahkan sijil itu tulen. Semakan dengan kod hanya menjawab "Sah" atau "Tidak sepadan". Kod QR semakan pada sijil pula memaparkan nama anda separa bertopeng, 4 digit akhir No. MyKad (atau 4 aksara akhir nombor pengenalan lain), nama event, tarikh dan No. siri sijil.
  • Memberi penganjur laporan statistik, contohnya jumlah peserta mengikut jantina, bangsa dan umur.
  • Merekod kehadiran anda bagi setiap sesi, dan (jika penganjur menetapkan syarat kehadiran) mengeluarkan sijil hanya kepada peserta yang memenuhi syarat itu.
  • Mencegah penyalahgunaan, contohnya mengehadkan cubaan berulang dari alamat IP yang sama.

Kami tidak menggunakan data anda untuk iklan dan tidak menjualnya. Laman ini tidak menggunakan alat analitik atau penjejakan.

4. Adakah anda wajib memberi maklumat?

Maklumat bertanda * wajib untuk mendaftar. Tanpanya pendaftaran tidak dapat dibuat dan sijil tidak dapat dikeluarkan. Maklumat lain tidak wajib.

5. Siapa yang boleh melihatnya

  • Penganjur event anda: semua maklumat anda untuk event itu sahaja. Penganjur event lain tidak dapat melihatnya.
  • WhatsApp (jika anda memilihnya): jika anda menekan butang "Simpan ke WhatsApp saya", butiran pendaftaran anda (nama event, nama, No. KP yang ditutup sebahagian, kod peserta, no. siri dan pautan sijil) dihantar melalui WhatsApp (milik Meta) ke nombor yang anda pilih. Kami tidak menghantar apa-apa secara automatik; ia hanya berlaku bila anda sendiri menekan "Hantar" di WhatsApp.
  • Sesiapa yang mengimbas Kod QR semakan pada sijil anda: Kod QR semakan pada sijil memaparkan nama anda separa bertopeng, 4 digit akhir No. MyKad (atau 4 aksara akhir nombor pengenalan lain), nama event, tarikh dan No. siri sijil, supaya pihak lain boleh mengesahkan sijil.
  • Pentadbir sistem (BMS): untuk menjaga sistem, membantu penganjur dan menjawab permintaan anda.
  • Cloudflare: semua lawatan ke e.nuna.nz melalui Cloudflare, termasuk apa yang anda taip dalam borang.
  • Penyedia sandaran: salinan sandaran pangkalan data disimpan dalam keadaan dikunci (encrypted) di Google Drive.
  • Penyedia perkhidmatan, termasuk alat AI yang membantu membina dan menjalankan sistem. Mereka mungkin melihat data semasa melakukan kerja itu.
  • Pihak berkuasa, apabila dikehendaki oleh undang-undang.

Sebahagian penyedia ini mungkin menyimpan atau mengendalikan data di luar Malaysia.

6. Berapa lama kami simpan

  • Maklumat peserta disimpan sehingga 2 tahun selepas event tamat. Selepas itu sistem memadam secara automatik nama, No. KP, tarikh lahir, e-mel, telefon, organisasi dan alamat IP anda, serta sebarang permohonan pembetulan. Hanya jantina, bangsa dan tahun lahir dikekalkan, tanpa nama, untuk statistik. Selepas itu sijil anda tidak lagi boleh dicari atau disahkan.
  • Penganjur juga boleh memadam event lebih awal; semua peserta event itu dipadam bersama.
  • Salinan sandaran: dibuat setiap hari dan dipadam selepas lebih kurang 14 hari.
  • Log sistem (siapa buat apa) tidak menyimpan nama peserta.

7. Cara kami melindunginya

  • Semua sambungan disulitkan (HTTPS).
  • Penganjur hanya melihat event mereka sendiri.
  • No. KP, telefon dan e-mel ditutup sebahagian di skrin, dan hanya dibuka apabila penganjur menekan "Papar".
  • Carian sijil dikunci selepas 10 cubaan salah dalam sejam.
  • Setiap tindakan pentadbir direkodkan.
  • Jika berlaku kebocoran data yang mungkin memudaratkan anda, kami akan memaklumkan anda dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi seperti yang dikehendaki undang-undang.

8. Hak anda

  • Betulkan maklumat: guna halaman Pembetulan. Penganjur akan menyemak dan meluluskannya.
  • Lihat atau padam maklumat: hubungi penganjur event anda, atau e-mel inquiry@bungkas.com. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari, dan mungkin meminta anda membuktikan identiti anda. Jika data dipadam, sijil anda tidak lagi boleh dimuat turun atau disahkan.
  • Tarik balik persetujuan: anda boleh meminta data anda dipadam pada bila-bila masa, seperti di atas.
  • Aduan: jika tidak berpuas hati dengan jawapan kami, anda boleh mengadu kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

9. Cookies

Laman ini hanya menggunakan cookies yang perlu untuk borang berfungsi (sesi dan perlindungan borang), serta untuk mengingati pilihan bahasa dan tema paparan anda (disimpan dalam pelayar anda), dan untuk mengingati pendaftaran anda pada telefon ini supaya anda boleh mengesahkan kehadiran tanpa menaip semula (disimpan 120 hari). Tiada cookies iklan atau penjejakan.

10. Perubahan notis

Jika notis ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini.

Cari sijil saya Semak sijil Mohon pembetulan