E-venizer untuk penganjur
Dari pendaftaran hingga sijil, dalam satu tempat.
Peserta mendaftar melalui telefon, anda melihat laporan, dan sijil PDF dikeluarkan apabila event selesai. Semua gambar di sini ialah paparan sebenar E-venizer dengan data rekaan.
Token dibeli di BMS Hub. Buka BMS Hub
7 kelebihan
Lihat sendiri bagaimana ia berfungsi
Ketik satu tab. Leret ke tepi untuk gambar seterusnya, dan ketik gambar untuk membesarkannya.
Kelebihan 1 / 7
Daftar melalui telefon dengan imbas QR
Peserta mengimbas QR, mengisi borang ringkas dan terus mendapat kod peserta. Dengan satu ketikan, butiran dan pautan sijil boleh disimpan ke WhatsApp mereka sendiri.
Kelebihan 2 / 7
Reka sijil sendiri, atau pilih daripada galeri
Pilih template siap pakai, kemudian seret nama dan logo ke tempat yang sesuai. Sijil PDF yang sebenar boleh dilihat dahulu sebelum disimpan.
Kelebihan 3 / 7
Anda tentukan bila sijil keluar
Sijil boleh dimuat turun serta-merta, atau pilih mod manual supaya sijil hanya keluar apabila anda menekan "Keluarkan sijil" selepas event. Tersilap? Tarik balik bila-bila masa.
Kelebihan 4 / 7
Peserta cari sendiri, orang lain boleh mengesahkan
Peserta mencari sijil dengan kod dan telefon atau e-mel. Sesiapa boleh menyemak sama ada sijil sah. Imbas QR semakan pada sijil untuk melihat nama separa bertopeng dan 4 digit akhir MyKad. Salah eja? Peserta memohon pembetulan dan penganjur meluluskan.
Kelebihan 5 / 7
Statistik yang terus boleh dibentangkan
Lihat bilangan pendaftar, jantina, umur, bangsa dan muat turun dalam carta. Gunakan "Statistik" untuk membandingkan kumpulan, kemudian eksport ke Excel.
Kelebihan 6 / 7
Pilih rupa, banner event bergerak
Empat tema, cerah atau gelap, serta banner event yang dilukis dengan kod dan bergerak perlahan. Penganjur boleh meletakkan logo sendiri pada banner.
Kelebihan 7 / 7
Notis privasi dan kotak persetujuan ada pada setiap borang. Data peserta dianonimkan secara automatik selepas tempoh simpanan (lalai 2 tahun) dan dipaparkan bertopeng pada telefon.
Sedia mula?
Beli token, buat event pertama anda.
Token dibeli di BMS Hub. Selepas itu, log masuk penganjur dan buka event anda.

