Pendaftaran event dan e-sijil
Daftar peserta dan keluarkan e-sijil dengan lebih mudah.
Penganjur menyediakan event dan borang. Peserta mendaftar melalui telefon dan menerima kod peserta. Apabila sijil sedia, peserta boleh memuat turunnya sebagai PDF.
Cara kerja
Tiga langkah
Sediakan event
Isi nama, tarikh dan tempat, kemudian pilih maklumat yang perlu ditanya kepada peserta.
Kongsi pautan
Peserta mendaftar melalui telefon dan menerima kod peserta. Kod itu boleh disimpan ke WhatsApp.
Keluarkan sijil
Reka sijil sekali. Apabila penganjur memilih Keluarkan sijil, peserta boleh memuat turunnya sebagai PDF.
Apa yang ada
Ciri utama
Borang pendaftaran
Boleh digunakan pada telefon. Jika ada kesilapan, mesej menerangkan apa yang perlu dibetulkan.
Kod peserta
Setiap peserta mendapat kod 6 aksara untuk mencari semula sijil mereka.
Editor sijil
Pilih templat atau muat naik sendiri, kemudian letakkan nama, logo dan tandatangan.
Semakan sijil
Sijil mempunyai kod QR. Sesiapa boleh menyemak sama ada sijil itu sah.
Laporan
Statistik peserta mengikut jantina, bangsa, umur dan organisasi, dengan penapis.
Privasi
Hanya penganjur event dan pentadbir sistem boleh melihat maklumat peserta. Data lama dipadam secara automatik.
Contoh laporan
Laporan yang boleh dijana untuk setiap event
Sebahagian daripada laporan statistik peserta. Semua angka di sini ialah angka contoh.
Angka contoh
Pendaftaran 30 hari terakhir
Jantina
Bangsa
Kumpulan umur
Organisasi teratas
Contoh sijil
Sijil yang boleh dijana
Penganjur memilih templat atau memuat naik reka bentuk sendiri, kemudian meletakkan nama, logo, kod QR dan tandatangan. Nama dan maklumat di bawah ialah contoh rekaan.
Setiap sijil mempunyai No. Siri dan kod QR yang boleh disemak oleh sesiapa.
Soalan lazim
Bagaimana peserta mendapat sijil?
Selepas penganjur mengeluarkan sijil, peserta memasukkan kod peserta dan No. telefon atau e-mel di halaman Cari sijil, kemudian memuat turun PDF.
Bagaimana menyemak sama ada sijil itu sah?
Imbas kod QR semakan pada sijil, atau taip kod sijil di halaman Semak sijil. QR semakan memaparkan nama separa bertopeng dan 4 digit akhir MyKad untuk dibandingkan dengan sijil di tangan. Semakan dengan kod hanya menjawab Sah atau Tiada padanan.
Siapa boleh melihat maklumat peserta?
Penganjur event dan pentadbir sistem. No. KP, telefon dan e-mel disorok sebahagian pada skrin, dan data lama dipadam secara automatik. Baca Notis Privasi untuk butiran penuh.
Anda seorang penganjur?
Log masuk untuk menyediakan event dan borang pendaftaran anda.